Thursday, December 8, 2011

“ Siapakah Allah Yang Sebenarnya !”


Kesaksian Dan Kisah Nyata Chariah Dari Keluarga Muslim Malaysia Meninggalkan Islam Dan  Masuk Kristen  : “ Siapakah Allah Yang Sebenarnya !”

Saya telah dilahirkan anak lelaki kepada keluarga Muslim di Malaysia. Keluarga kami mempunyai tradisi keagamaan dan politik yang panjang dan penting di Malaysia. Sebagai orang-orang kenamaan di dalam sebuah negara Islam, agama Islam telah memainkan peranan utama dalam semua aspek kehidupan seharian kami.

Saya telah dibesarkan mengikut adat istiadat Islam, diajar bahasa Arab, pendidikan Al-Qur’an, upacara-upacara penyucian, doa, puasa dan sebagainya. Tetapi saya juga mempunyai kesempatan untuk kerap mengembara dan bermastautin semasa kecil di berbagai-bagai negara asing dan menimba ilmu pengetahuan mengenai kebudayaan-kebudayaan dan agama-agama yang berlainan. Saya berpeluang berkenalan dengan penganut-penganut agama Buddha, Hindu, Yahudi, Kristian dan teramat ingin tahu, yang manakah satu-satunya agama yang betul. Memang jelas tidak mungkin adanya Allah yang Esa tetapi ada pula pelbagai jalan untuk mengenal Dia kerana ajaran dan perintah-perintah setiap agama itu kerap bercanggah; maka tidak mungkinlah Allah yang sama yang memberi ajaran agama-agama tersebut kepada manusia. 

Renungilah alam ciptaan-Nya! Belajarlah hukum-hukum fizik. Setiap hari kita dapat menikmati seorang Pencipta dengan kebijaksaan, pengetahuan dan logik yang tidak terbatas! Selanjutnya, Pencipta ini tidak mungkin begitu mengelirukan dan kelam kabut seperti yang dilambangkan oleh agama-agama di dalam dunia ini.

Saya teringat kepada satu peristiwa ketika berumur enam tahun. Oleh kerana darjatnya ayah sering ke merata-rata tempat sehingga kadang-kadang saya tidak bertemu dengannya untuk berbulan-bulan. Pada suatu hari, saya amat merinduinya dan ingin bertemunya. Terlintas pada fikiran saya pula untuk berdoa kepada Allah agar membawa ayah pulang. Tetapi pada ketika itu, timbul pula masalah yang besar! Saya maklum akan bagaimana berdoa dalam bahasa Arab dan juga upacara penyucian tetapi saya tidak erti langsung bagaimana berdoa kepada Allah untuk keperluan yang khusus. Saya tidak mampu berdoa kepada Allah untuk hasrat itu dalam tertib yang berpatutan, disusuli dengan ayat-ayat yang betul dan teratur bentuknya. 

Saya hanya mengenal Allah sebagai Tuhan yang sangat, sangat jauh. Dia Tuhan Kudus yang hanya dapat dijangkau melalui pendalaman ilmiah Al-Qur’an berserta perintah-perintah di dalamnya, upacara-upacara penyucian yang betul serta Bahasa Arab yang betul. Sebaliknya, saya mempelajari bahawa agama Kristian itu sebagai agama yang mudah, berasaskan kasih dan maaf – yang sentiasa sedia menerima mereka yang lemah dan tidak layak. Saya selalu kagum apabila menonton filem-filem Kristian semasa kecil. Sebagai contoh, dalam kisah Quo Vadis, golongan orang Kristian yang ditindas dan diseksa oleh orang Rom, dengan hati yang rela sedia memaafkan perbuatan orang Rom yang keji itu. Golongan orang Kristian itu kemudiannya telah dibuang untuk dibaham singa-singa buas yang lapar di gelanggang perlawanan (amphitheater). Berhadapan dengan maut, mereka mula memuji dan menyembah Tuhan mereka. Saya dapat merasai satu tenaga kuat yang tidak dapat dijelaskan tersebar daripada kumpulan Kristian itu. Mereka lemah, namun kuat. Mereka menghadapi maut, tetapi pasti akan hidup untuk selama-lamanya. 

Saya sangat kagum tetapi juga keliru. Akhirnya, saya membuat keputusan untuk berdoa dengan neutral dan memohon kepulangan ayah tidak lewat dari esok.
Pada keesokan harinya, terdapat ketukan di pintu. Ketika saya membuka pintu, terlihatlah wajah ayah yang bersenyum ke arah saya. Ayah memaklumkan bahawa dia mahu memeranjatkan kami dengan kepulangannya! Alangkah gembiranya perasaan saya dan saya tahu bahawa doa saya itu telahpun dikabuli Allah. Pada waktu itu, saya sudah yakin akan kewujudan Allah. Tetapi masih terletak pada hati saya azam untuk mengetahui siapakah Allah yang sebenarnya!

Ketika di tanahair, saya dapati bahawa adat istiadat dan hukum-hukum Islam sukar dituruti. Semasa bulan Ramadan bulan puasa, saya dilarang menelan air liur. Apabila saya terkentut selepas membersihkan diri sebelum bersembahyang, haruslah membersihkan diri sekali lagi. Jika pula menguap, ayat-ayat Al-Qur’an mesti dibaca untuk mencegah diri dari dirasuk oleh makhluk halus yang masuk melalui mulut. Saya juga dilarang menyentuh anjing, mahupun bermain dengan anjing mainan. Antara barang kepunyaan saya ialah rantai leher yang terhias dengan ayat-ayat suci yang mesti ditanggalkan sebelum ke tandas. Terdapat beribu-ribu lagi perintah-perintah yang harus ditaati sehingga saya menjadi sangat takut sekiranya melakukan kesilapan dan seterusnya gagal. Maka, saya tidak dapat menemui ketenteraman jiwa.

Pada satu ketika, saya telah menerima sebuah Al-Kitab dan mula membacanya. Saya membaca keempat-empat Injil Matius, Markus, Lukas dan Yahya di dalam Perjanjian Baru. Setiap ayat yang dibaca menyeru kepada hati saya. Saya dapati bahawa di depan Allah, kita semua pendosa. Tidak kira betapa kuat dan tekunnya kita cuba memenuhi kehendak hukum-hukum itu, kita tidak mungkin akan berjaya. Ini kerana Allah itu lebih Kudus dari yang disangka. Cuma satu dosa memadai dalam hidup kita untuk membatalkan kemasukan kita ke dalam Syurga. Tambahan pula saya mengakui bahawa saya telah berdosa sekurang-kurangnya sekali di dalam hidup saya. Tetapi Allah telahpun berfirman: (Efesus 2:8) “Hal ini demikian, kerana dengan rahmat Allah, kamu diselamatkan oleh sebab kamu percaya kepada Yesus. Penyelamatan itu bukan hasil usaha kamu sendiri, melainkan kurnia Allah.”
Pada satu hari, ayah dan saya sakit tenat. Saya telah menemui beberapa orang doktor, tetapi mereka semua tidak berjaya menentukan jenis penyakit itu. Biarpun saya memakan semua ubat yang diberikan, saya merasa letih dari hari ke hari. Saya telah hilang berat badan sebanyak dua belas kilogram dan terasa bahawa sudah hampir tiba masanya untuk menemu ajal. Kemudian barulah saya mula berdoa kepada Allah. Saya mengaku segala dosa-dosa saya dan memohon ampun dari Allah. Saya menerima korban yang diberi Allah melalui anak-Nya Yesus Al-Masih dan kematian Yesus sebagai ganti saya untuk dosa-dosa saya. Walaupun saya tidak terdaya untuk makan, berdiri atau melakukan apa-apa perkara yang fizikal – saya berupaya untuk berdoa dan bersedia untuk bertemu dihakim-Nya pada Hari Kiamat buat selama-lamanya. Memanglah menjadi hasrat saya untuk ke syurga.

Setelah empat atau lima hari terlantar di dalam bilik tanpa rawatan, saya dimasukkan ke dalam hospital. Di masa yang sama, ayah dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU). Pada satu pagi, saudara-mara saya telah mengejutkan saya dari tidur dan menyampaikan berita sedih bahawa ayah telahpun meninggal dunia…

Punca rasmi kematian arwah ayah ialah kerana lemah jantung. Tetapi sebenarnya, doktor-doktor tidak dapat mengenal pasti punca penyakit yang dihidapi kedua-dua ayah dan saya. Terdapat khabar angin bahawa kami berdua telah diracun ataupun mangsa-mangsa ilmu sihir. Saya percaya bahawa saya masih hidup kerana firman-Nya di dalam Markus 16:17-18 yang berbunyi “Kepada mereka yang percaya akan diberi tanda-tanda ini: Mereka akan mengusir roh jahat demi nama-Ku; mereka akan berkata-kata dalam bahasa yang tidak diketahui. Jika mereka memegang ular atau meminum racun, mereka tidak akan mendapat celaka. Jika mereka meletakkan tangan pada orang sakit, orang sakit akan sembuh”

Beberapa tahun kemudian saya telah menghidap penyakit batin pula dan pakar psikologi tidak dapat membantu saya. Saya terkenang akan kepada Allah, yang mampu menolong dalam situasi-situasi yang rumit; Allah yang menyebabkan orang yang beriman kepada-Nya rela memaafkan musuh-musuh mereka dan menyembah Dia ketika berhadapan maut di gelanggang lawan itu (amphitheater); Allah yang mampu memulihkan apabila seorang itu terminum racun dan juga yang rela membantu ketika kemasyghulan. Secara kebetulan isteri saya telah membawa saya ke upacara ibadat seorang Evangelist (pengkhabar Berita Baik) Amerika (Ray Jennings). Di sanalah kami sekeluarga menukar kepercayaan kepada agama Kristian. Si Evangelist itu menumpangkan tangannya di atas saya lalu berdoa untuk penyembuhan saya. Dengan serta-merta, saya dipulihkan menurut firman Allah: “Kepada mereka yang percaya akan diberi tanda-tanda ini: … jika mereka meletakkan tangan pada orang sakit, orang sakit akan sembuh”

Pada hari ini saya bergerak dengan kehadiran Allah dalam hidup saya dan saya tahu bahawa Dia bersama saya. Kerana itu, saya mahu kamu tahu, wahai si pembaca Muslim, bahawa Allah yang Esa dan benar yang diperkisahkan Al-Kitab itu akan juga bersama-sama kamu apabila kamu membuat keputusan untuk mengikut cara yang ditunjukkan Isa.


Sumber : Kisah Nyata dan Kesaksian Kristen 
Website :  http://kisahnyatakristen.kiosgeek.com/

27 comments:

  1. [sebahagian}
    Ketika di tanahair, saya dapati bahawa adat istiadat dan hukum-hukum Islam sukar dituruti. Semasa bulan Ramadan bulan puasa, saya dilarang menelan air liur. Apabila saya terkentut selepas membersihkan diri sebelum bersembahyang, haruslah membersihkan diri sekali lagi. Jika pula menguap, ayat-ayat Al-Qur’an mesti dibaca untuk mencegah diri dari dirasuk oleh makhluk halus yang masuk melalui mulut. Saya juga dilarang menyentuh anjing, mahupun bermain dengan anjing mainan. Antara barang kepunyaan saya ialah rantai leher yang terhias dengan ayat-ayat suci yang mesti ditanggalkan sebelum ke tandas. Terdapat beribu-ribu lagi perintah-perintah yang harus ditaati sehingga saya menjadi sangat takut sekiranya melakukan kesilapan dan seterusnya gagal. Maka, saya tidak dapat menemui ketenteraman jiwa.

    [Dari tulisan kamu ini, pada hemat saya kamu sangat lemah! mungkin kamu sudah terbiasa hidup mewah, jiwa mu kosong. terserahlah kamu! apa-apa, kamu yang tanggungnya nanti.]

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika pada masa itu penulis ini masih budak, bukankah itu satu beban yang berat untuk ditanggungnya. janganlah mengatakan jiwa orh kosong jika kamu tidak mempunyai jiwa yang penuh.

      Delete
  2. Jika seorang pada masa itu penulis in masih kecil, sudah tentunya itu menjadi beban yang berat untuk ditanggungnya. tidak kira penulis hidup mewah mahupun tidak.

    ReplyDelete
  3. Oke,,, saya Muslim disini. Well, terserah ibulah mau gimana... Tapi, kalo saya konversi masalah ibu ke dalam Islam. Kan bilangnya tadi bahwa Islam itu ribet,,nyatanya enggak koq. Kata Pak Aam Amiruddin juga, jangan buat agama itu ribet. Saya juga awalnya mikir gitu,"uh.. Islam susah banget!" Tapi setelah saya denger Pak Aam Amiruddin ternyata Islam is simple. Contoh dari kasus tadi, kita boleh menelan air liur saat puasa. itu kata ulama temen aku yang sama2 Rohis juga. Lagian logically, air liur itu mutlak kan. Dan Allah takkan mungkin menyusahkan umatnya. Seperti yang diriwayatkan Imam Ahmad, menelan dahak tidaklah membatalkan puasa. Beliau mengatakan dalam riwayat dari al-Marudzi: “Kamu tidak wajib qadha, ketika menelan dahak pada saat berpuasa, karena itu satu hal yang biasa berada di mulut, bukan yang masuk dari luar, sebagaimana ludah.” (al-Mughni, 3:36)
    Terus kalo masalah buang angin saat wudhu, bukan mba aja, tapi pada umumnya semua muslim merasakannya. Seperti kata Pak Aam, hati-hati itu bisa saja tipu daya setan.Jadi kalo ngalamin kayak enggak kayak iya, mending jangan wudhu ulang. Karena kata Pak Aam, kalo kita ladenin juga Syaithonnya bakal terus nganggu. Itulah salah satu perangkap Syaithon untuk menjebak manusia.
    Terus kalo do'a, daripada ribet pake bahasa Arab pake bahasa yang Anda ngerti juga gpp mba. Toh mba mending belajar bahasa Arab, aku enggak. Aku do'a pake bahasa Indonesia. dan Alhamdulillah ada tuh yang dijabah...
    Terus, sesungguhnya Allah SWT itu dekat mba. Ketika kita yakin Allah SWT itu begitu dekat dengan kita. Terus kita begitu bergantung pada-Nya, hidup kita nyaman tentram dech mba, sebab Allah SWT lah penolong kite urang. Aku lah merasakannya mba...
    Aku harap mba membacanye...
    Trims..

    ReplyDelete
  4. Cuba: http://siapayangdisalib.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Islam sebenarnya tidak ada paksaan bagi setiap orang untuk memeluknya. "bagimu agamamu dan bagiku agamaku" itulah firman Allah yang membuat saya juga menghargai setiap orang untuk memeluk agama kepercayaannya masing2. namun ketahuilah teman2, bahwa sebenarnya agama islam tidak mengharuskan untuk berdoa dalam bahasa arab, Allah memberi kita kemudahan menggunakan bahasa apapun dalam berdoa. khusus dalam sholat, doa harus dengan bahasa arab, itu karena alasan persatuan umat islam yang mana umat islam mengenal sholat berjamaah, yaitu sholat yang dilakukan bersama2. tentunya jika berdoa dalam bahasa arab, kita harus mengerti maknanya, jika kita masih merasa sulit, maka Allah tidak akan memberi kita beban lebih dari yang kita mampu. Islam itu Mudah dan tidak memberatkan! Al-Quran juga memiliki kisah yang sangat berharga dalam kehidupan dan bisa dibuktikan secara ilmiah. jadi mulai sekarang jangan ragu berucap: "Ashadu anlaaillahaillallah wa ashadu anla muhammadarrosullulloh" (tiada tuhan kecuali Allah dan Nabi Muhammad adalah utusanNYA)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat setuju dengan bapak... actually islam is symple ... dan islam tidak memaksakan bagi setiap orang untuk memeluk agama yang diyakininya bagimu agamamu dan bagiku agama ku...

      Delete
    2. Bahasa adalah alat atau perwujudan budaya yang digunakan manusia untuk saling berkomunikasi atau berhubungan, baik lewat tulisan, lisan, ataupun gerakan (bahasa isyarat), dengan tujuan menyampaikan maksud hati atau kemauan kepada lawan bicaranya atau orang lain. Melalui bahasa, manusia dapat menyesuaikan diri dengan adat istiadat, tingkah laku, tata krama masyarakat, dan sekaligus mudah membaurkan dirinya dengan segala bentuk masyarakat.

      Delete
  6. Hye si penulis cerita.

    Ternayata iman mu sangat raput. Sebab itulah didalam sembanyang,surah Al-Fatihan adalah wajib dibaca dimana ada ayatnya berarti "Tunjukkan kami jalan yang lurus" Allah sangat gemar jika hamba2nnya berdoa dan meminta2 kepadanya kerana itu HAK-NYA sebagai Tuhan sekalian alam. Dan kita sebagai manusia x boleh sombong bodoh. Tidak ada ilmu sila belajar. Untuk pengetahuan anda semasa puasa kita boleh meneran air liur,tetapi yang membuat puasa batal adalah apabila kita mengumpul air liur didalam mulut dengan SENGAJA dan menelan air liur yang dikumpul itu. FAHAM?

    Masalah wuduk pula..Jika kita sedar yang kita telah terlepas buang angin haruslah mengambil wuduk semula..KERANA kita ini ingin mengadap Tuhan jadi kita perlu pastikan kita dalam keadaan bersih. Walaupun kita ini miskin dan berpakaian buruk tetapi kita mesti pastikan kita bersih sebelum menghadap Allah s.w.t..Sedangkan anda sendiri jika ingin keluar jumpa teman lelaki/wanita ingin kelihatan cantik, bersih dan harum..inikan pula ketika kita mengadap Tuhan..Tertibnya perlu dijaga.

    Ketahuilah bahawa Allah itu tidak mungkin akan menyerupai hamba2 atau makhluk2 ciptaannya sendiri. Sedangakn dialah PENCIPTA..adakah perlu dia menjelma menjadi matahari sedangkan DIA lebih hebat dari itu? Adakah perlu Allah itu menjelma menjadi binatang yang tidak berakal sedangkan binatang itu seburuk2 kejadian.. Kita tahu malaikat itu mempunyai rupa paras yang indah jadi adakah perlu Allah itu menyerupai malaikat yang indah itu sedangkan Allah itu jauh lebih indah?

    Dan ketahuailah Nabi Muhammad itu bukan seorang pembohong atau tukang sihir.. Sehinggakan seorang mualaf berkata Kalaulah baginda adalah seorang pembohong maka dialah pembohong yang paling hebat didunia sehingga mampu menceritakan kisah2 nabi terdahulu secara ilmiah, menceritakan kejadian manusia secara terperinci. Jika baginda seorang ahli sihir, maka bagindalah ahli sihir yang paling hebat diantara semua manusia yg pernah hidup didunia ini sehinggakan baginda mampu MEMBELAH BULAN.

    ketahuilah sepanjang hayat Rasulullah s.a.w, Baginda tidak pernah sedikit pun mengajar perkara yang sia2...

    ReplyDelete
  7. Lanjutkanlah kesaksian anda tentang Kristen.. saya setuju kita boleh share apa saja di blog pribadi kita tergantung orang yang berkomentar kita boleh menanggapi atau tidak... Life is simple

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yesus adalah Terang Dunia, Roh Nya telah menerangi saudara/i yang mendapat kesaksian untuk mewartakan kemuliaan Tuhan melalui Firman Nya. berdoalah untuk musuh2 anda termasuk anti Kristus smoga mereka sadar bahwa hanya melalui Yesus saja kita pergi ke Rumah Bapa....... amin

      Delete
  8. upacara penyucian???bwakakak
    ketahuan banget ngarangnya,,,,,wkwkwk
    lumayan hiburan...buat lucu2an

    ReplyDelete
  9. asyadu allahilaillah wa asyadu anna muhammadarasullah

    Allah Akbar.....

    fisabilillah....


    ReplyDelete
  10. lebih banyak kristen masuk islam.ketimbang islam masuk kristen.kalau tidak percaya suruh mereka cari fakta nyata bukan melalui kesaksian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu memang benar tapi karena banyak yag jadi muslim karena cinta bukan karena hidayah dari contoh selebriti aja udah tahu

      Delete
  11. salam perdamaian....

    kebenaran Milik Allah .

    ReplyDelete
  12. Aq sangat percaya dan memeluk islam, agama yg di ridho'I di sisi allah adalah islam, lain dr pada itu, tau lah,kristen mengatakan bumi itu berbentuk lingkaran dan datar, ha ha ha, aneh, brati kayak duit receh dong,apa gk liat globe mungkin ya, hi hi hi, tetapi islam mengatakan bumi itu bulat seperti bola, itulah yg benar, jd itu sdh cukup jelas agama mana yg bnr dan patut kita anut.

    ReplyDelete
  13. Nih khusus buat orang kristen, klo km kristen sejati, coba km liat video perdebatan antara prof.zakir naik/islam Vs prof. William campbel/kristen, anda akan tau kebenaran agama,kitab yang benar, cari tu videonya...

    ReplyDelete
  14. Orang islam masuk kristen?, ha ha ha, rapuh benar imanya..., cape deeeeeee...

    ReplyDelete
  15. Aku kristian,. kesaksian si penulis adalah benar, secara terbuka aku tidak bermaksud untuk menghina Islam. . menurut catatan sejarah di antara Nabi & Yesus, perkahwinan Nabi & Khadijah disahkan oleh paster Waraqa Bin Neufal (sepupu Khadijah). . Waraqa Bin Neufal adalah pemimpin gereja di Mekah, . dia juga adalah paster dari gereja terbesar di Mekah pada masa itu, pada masa itu juga tidak dijumpai bagi mereka yang beragama Islam. .

    Nabi Muhammad jga sempat belajar drpd paster Waraqa ..Nabi sempat mempelajari INJIL MATIUS dr alkitab kristian, kerana hanya injil itu sahaja yg sempat di terjemah kan ke dlm bahasa arab pada masa itu . Dia melakukan hal itu selama 15 thn,, dan sampai la dia di uji oleh malaikat Jibril,,.malaikat jibril menampak kan diri nya sehingga nabi dlm ketakutan..dan paster Waraqa mngatakan , engkau la Tuhan Allah kami yg kami cari..selepas kematian paster Waraqa, Nabi memulakan penyebaran agama islam..

    Tetapi tidak ramai yg mau mengikut nabi, sehingga melakukan kekerasan, untuk mengikut dia..berbanding dgn agama kristian, Tuhan kami susah untk kmu melihat kewujudan Nya..hanya doa sahaja , kmu akan merasa kan kehadiran nya..kerana pada masa itu, tuhan telah masuk ke dlam rahim Maria,,SEBAB,, jika tuhan menjelma seperti malaikat, kita jga merasakan seprti Nabi, iaitu TAKUT..oleh itu, tuhan ingin menjadi manusia melalui anak Nya, yg telah dia pilih utk dia lahir ke dunia.. Yesus juga menyebar kan agama kristian, sama seperti nabi, tidak di terima oleh orang lain..tapi yesus mengatakan , 'aku tidak memaksa kamu mengikut aku, tapi kamu jawab sendiri pada hari kiamat nanti..setelah yesus d kena kan hukuman , iaitu DI SALIB kan ,, masa itu tuhan telah ampun kan kita semua dgn darah nya..pada hari ke3, yesus bangkit, yesus sempat menyampai kan pesanan nya, iaitu, ''terus kan pelayanan kamu dalam penyebaran firman, dan aku bantu kamu d dalam doa'' ..

    Percaya la,, hanya tangan dan doa sahaja yang d sentuh, smua kesakitan dan kelemahan kita akan sembuh seperti si penulis bersaksi..tidak perlu ada peraturan atau cara smbayang , tidak perlu ada puasa, untuk minta berkat, kerana hanya doa, kita akan lebih dekat dgn tuhan kita, dan hanya doa yang ikhlas sahaja, berkat kita melimpah,, ini sudah banyak yga aku lihat, semua nya berlaku dgn luar biasa skali..

    Renung2 kan lah.. setiap kita ada agama yg berbeza, tp tuhan tetap 1, tidak ada tuhan yg lain..kita tidak perlu menghina sesama kita,, kita hanya perlu melakukan yg terbaik bt tuhan kita mngikut ajaran agama kita masing2..

    God Bless U All...


    ReplyDelete
  16. Tuhan....Luuuu...aza disalib tak bisa apa-apa,katanya sih buat nebus dosa para domba yang tersesat,kali dombanya cari rumputnya jauh tuh..jadinya pada tersesat,kalau dia tuhan lou kenapa mau-maunya disalib kan suakit,kalau emang tuhan ngak usah doa minta di bebasin dari salib.kok tuhan berdo'a,berdo'a sama siapa.....aneh tuhan kok ada tiga bukanya tuhan tuh cuman ada satu,emang tuhan doyan kawin dan bisa beranak gitu looh......

    ReplyDelete
  17. Benar bahwa Islam adalah agama yang rahmatan lil ‘alamin. Namun banyak orang menyimpangkan pernyataan ini kepada pemahaman-pemahaman yang salah kaprah. Sehingga menimbulkan banyak kesalahan dalam praktek beragama bahkan dalam hal yang sangat fundamental, yaitu dalam masalah ‘aqidah.
    Pernyataan bahwa Islam adalah agamanya yang rahmatan lil ‘alaminsebenarnya adalah kesimpulan dari firman Allah Ta’ala,
    وَما أَرْسَلْناكَ إِلاَّ رَحْمَةً لِلْعالَمِينَ“Kami tidak mengutus engkau, Wahai Muhammad, melainkan sebagai rahmat bagi seluruh manusia” (QS. Al-Anbiya’: 107).
    Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wa sallam diutus dengan membawa ajaran Islam yang haq, maka Islam adalah rahmatan lil’alamin, Islam adalah rahmat bagi seluruh manusia.
    Secara bahasa,
    الرَّحْمة: الرِّقَّةُ والتَّعَطُّفُ
    rahmat artinya kelembutan yang berpadu dengan rasa iba (Lihat Lisaanul Arab, Ibnul Mandzur). Atau dengan kata lain rahmat dapat diartikan dengan kasih sayang. Jadi, diutusnya Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wa sallamadalah bentuk kasih sayang Allah kepada seluruh manusia.
    .
    PENAFSIRAN PARA AHLI TAFSIR!

    TAFSIR ‘RAHMATAN LIL ‘ALAMIN’ = ADALAH MEMBUNUH ORANG KAFIR!
    1] Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah dalam Tafsir Ibnul Qayyim:
    “Pendapat yang lebih benar dalam menafsirkan ayat ini adalah bahwa rahmat disini bersifat umum. Dalam masalah ini, terdapat dua penafsiran:
    Pertama: Alam semesta secara umum mendapat manfaat dengan diutusnya Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wa sallam.
    Orang yang mengikuti beliau, dapat meraih kemuliaan di dunya dan di akhirat sekaligus.
    Orang kafir yang memerangi beliau, manfaat yang mereka dapatkan adalah disegerakannya pembunuhan dan maut bagi mereka, itu lebih baik bagi mereka. Karena hidup mereka hanya akan menambah kepedihan azab Allah kelak di akhirat. Kebinasaan telah ditetapkan bagi mereka. Sehingga, dipercepatnya ajal lebih bermanfaat bagi mereka daripada hidup menetap dalam kekafiran.
    Orang kafir yang terikat perjanjian dengan beliau, manfaat bagi mereka adalah dibiarkan hidup di dunya dalam perlindungan dan perjanjian. Mereka ini lebih sedikit keburukannya daripada orang kafir yang memerangi Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wa sallam.
    Orang munafiq, yang menampakkan iman secara dzahir saja, mereka mendapat manfaat berupa terjaganya darah, harta, keluarga dan kehormatan mereka. Mereka pun diperlakukan sebagaimana kaum muslimin yang lain dalam hukum waris dan hukum yang lain.
    Dan pada umat manusia setelah beliau diutus, Allah Ta’ala tidak memberikan azab yang menyeluruh dari umat manusia di bumi. Kesimpulannya, semua manusia mendapat manfaat dari diutusnya Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wa sallam.
    Kedua: Islam adalah rahmat bagi setiap manusia, namun orang yang beriman menerima rahmat ini dan mendapatkan manfaat di dunya dan di akhirat. Sedangkan orang kafir menolaknya. Sehingga bagi orang kafir, Islam tetap dikatakan rahmat bagi mereka, namun mereka enggan menerima. Sebagaimana jika dikatakan ‘Ini adalah obat bagi si fulan yang sakit’. Andaikan fulan tidak meminumnya, obat tersebut tetaplah dikatakan obat”.
    2] Muhammad bin Ali Asy-Syaukani dalam Fathul Qadir:
    “Makna ayat ini adalah ‘Tidaklah Kami mengutusmu, wahai Muhammad, dengan membawa hukum-hukum syari’at, melainkan sebagai rahmat bagi seluruh manusia tanpa ada keadaan atau alasan khusus yang menjadi pengecualian’. Dengan kata lain, ‘satu-satunya alasan Kami mengutusmu, wahai Muhammad, adalah sebagai rahmat yang luas. Karena kami mengutusmu dengan membawa sesuatu yang menjadi sebab kebahagiaan di akhirat’”.
    3] Muhammad bin Jarir Ath-Thabari dalam Tafsir Ath-Thabari:

    ReplyDelete
  18. “Para ahli tafsir berbeda pendapat tentang makna ayat ini, tentang apakah seluruh manusia yang dimaksud dalam ayat ini adalah seluruh manusia baik mu’min dan kafir? Ataukah hanya manusia mu’min saja? Sebagian ahli tafsir berpendapat, yang dimaksud adalah seluruh manusia baik mu’min maupun kafir. Mereka mendasarinya dengan riwayat dari Ibnu Abbas radhiallahu’anhudalam menafsirkan ayat ini:
    من آمن بالله واليوم الآخر كتب له الرحمة في الدنيا والآخرة , ومن لم يؤمن بالله ورسوله عوفي مما أصاب الأمم من الخسف والقذف
    “Siapa saja yang beriman kepada Allah dan hari akhir, ditetapkan baginya rahmat di dunya dan di akhirat. Namun siapa saja yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, bentuk rahmat bagi mereka adalah dengan tidak ditimpa musibah yang menimpa ummat terdahulu, seperti mereka semua ditenggelamkan atau diterpa gelombang besar”.
    dalam riwayat yang lain:
    تمت الرحمة لمن آمن به في الدنيا والآخرة , ومن لم يؤمن به عوفي مما أصاب الأمم قبل“Rahmat yang sempurna di dunya dan di akhirat bagi orang-orang yang beriman kepada Rasulullah. Sedangkan bagi orang-orang yang enggan beriman, bentuk rahmat bagi mereka adalah dengan tidak ditimpa musibah yang menimpa ummat terdahulu”.
    Pendapat ahli tafsir yang lain mengatakan bahwa yang dimaksud adalah orang-orang beriman saja. Mereka membawakan riwayat dari Ibnu Zaid dalam menafsirkan ayat ini:
    فهو لهؤلاء فتنة ولهؤلاء رحمة , وقد جاء الأمر مجملا رحمة للعالمين . والعالمون هاهنا : من آمن به وصدقه وأطاعه“Dengan diutusnya Rasulullah, ada manusia yang mendapat bencana, ada yang mendapat rahmah (rahmat), walaupun bentuk penyebutan dalam ayat ini sifatnya umum, yaitu sebagai rahmat bagi seluruh manusia. Seluruh manusia yang dimaksud di sini adalah orang-orang yang beriman kepada Rasulullah, membenarkannya dan menaatinya!”.
    Pendapat yang benar dari dua pendapat ini adalah pendapat yang pertama, sebagaimana riwayat Ibnu Abbas. Yaitu Allah mengutus Nabi MuhammadShallallahu ‘alaihi Wa sallam sebagai rahmat bagi seluruh manusia, baik mu’min maupun kafir. Rahmat bagi orang mu’min yaitu Allah memberinya petunjuk dengan sebab diutusnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wa sallam. Beliau Shallallahu ‘alaihi Wa sallam memasukkan orang-orang beriman ke dalam jannah dengan iman dan amal mereka terhadap ajaran Allah. Sedangkan rahmat bagi orang kafir, berupa tidak disegerakannya bencana yang menimpa ummat-ummat terdahulu yang mengingkari ajaran Allah” (diterjemahkan secara ringkas).
    4] Muhammad bin Ahmad Al-Qurthubi dalam Tafsir Al-Qurthubi:
    Said bin Jubair berkata: dari Ibnu Abbas, beliau berkata:
    كان محمد صلى الله عليه وسلم رحمة لجميع الناس فمن آمن به وصدق به سعد , ومن لم يؤمن به سلم مما لحق الأمم من الخسف والغرق“Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wa sallam adalah rahmat bagi seluruh manusia. Bagi yang beriman dan membenarkan ajaran beliau, akan mendapat kebahagiaan. Bagi yang tidak beriman kepada beliau, diselamatkan dari bencana yang menimpa ummat terdahulu berupa ditenggelamkan ke dalam bumi atau ditenggelamkan dengan air”

    ReplyDelete
  19. dan siapa yg brani menunjukkan apa kesaksian ini benar saya berani menyembah yesus tp stau saya yesus tidak pernah di smbah secara adat allah dengan manusia sungguh luar biasa org yg menulis artikel ini dan satu saran saya baca ini supaya kamu tau siapa tuhan mu itu yg jesus juru neraka....cari kebenaran yg slah...http://kebnaranislam.blogspot.com/2013/06/tujuan.html..........itu lah tujuan kristen kenapa kristen bangga terhadap agama yg di anggap benar,,...banyak buku kesaksian mereka terbitkan,,...oalah sungguh luar biasa....buat apa membaca kesaksia dari manusia....pakai mata lah anda......siapa yg menciptakan langit dan bumi....ini hujatan saya terhadap blog ini,,,,kalau mau menyangkal ini fb saya...https://www.facebook.com/JesusJuruMasak?hc_location=timeline...........ini saya...http://kebnaranislam.blogspot.com/2013/04/penebusan-dosa.html

    ReplyDelete
  20. Btw Kristen sunat kagak?
    Kalo sunat brarti percuma nyembah Yesi eh salah Yesus habis rambutnya panjang kayak cewek.., wkwkkk...,!!

    "Sesungguhnya, aku, Paulus, berkata kepadamu: jikalau kamu menyunatkan dirimu, Kristus sama sekali tidak akan berguna bagimu."
    (Galatia Pasal 5 ayat 2)

    Kalo Kristen gak sunat percuma umat Kristen ngerayain Paskah!!

    "Tetapi apabila seorang asing telah menetap padamu dan mau merayakan Paskah bagi TUHAN, maka setiap laki-laki yang bersama-sama dengan dia, wajiblah disunat; barulah ia boleh mendekat untuk merayakannya; ia akan dianggap sebagai orang asli. Tetapi tidak seorangpun yang tidak bersunat boleh memakannya."
    (Keluaran Pasal 12 ayat 48)

    ReplyDelete
  21. Wahai umat muslim dan muslimad sdh jelas2 di alquran klo isa itu yg akang dtng pda akhir zaman bknnya muhammad,,orang2 islam awam aja yg gak ngerti apa2,,coba klo yg udh ngerti murtad dhe langsung

    ReplyDelete
  22. .sudah,, buat semua.y tidak usah menjelekkan agama. kita lihat saja nanti, di akhir yang mana yang benar...

    ReplyDelete