Kesaksian
Dan Kisah Nyata Islam Masuk Kristen : “ Bekas Imam Hamran Ambrie ( Mantan Pergerakkan
Muhammadiah dan Pengajar Islam)
Meninggalkan
Islam Dan Memeluk Kristen“
“TUHAN MEMBERITAHU SAYA SECARA PERIBADI”
(Kesaksian : Hamran Ambrie )
Pada
waktu dahulu saya merupakan seorang yang amat aktif dalam Islam,juga merupakan
salah seorang daripada Pengerakkan Muhammadiah dan seorang pengajar Islam.Pada
tahun 1947,saya telah dipilih untuk menjadi pengerusi kepada Kongress Muslim
Kalimantan di Amutai,bersama-sama dengan K.H Idham Chalid. Pada tahun 1950-51
saya menjadi Imam Muslim bagi pasukan tentera di Banjarmasin,dengan kedudukan
yang tinggi.Rencana saya telah diterbitkan dalam beberapa majalah Islam seperti
Mingguan Adil di Solo,Mingguan Risalah Jihad di Jakarta dan Mingguan
Anti-komunis di Bandung.Saya telah bekerjasama dengan Gerakkan
Anti-Kristian dari tahun 1936 di Muara Teweh (Barito) dan sehingga tahun 1962
bersimpati dengan kumpulan yang merancang untuk membina undang-undang Islam di
seluruh Indonesia,yang mana secara tidak langsung adalah bertentangan dengan
pendirian Kristian.
Sebenarnya
saya telah memiliki Kitab Suci Injil sendiri semenjak tahun 1936.walau
bagaimanapun,saya tidak membaca dan mencari kebenarannya,tetapi mencari
perenggan yang boleh membantu saya untuk berdiri teguh sebagai seorang Muslim
yang mempunyai sikap anti-Kristian,dan bersedia untuk menyerang keimanan orang
Kristian secara lebih berkesan.
- Saya juga
mengutuk 'Isa Al-Masih sehingga saya berumur 40 tahun,menolak terus yang
mengatakan Dia adalah daripada Tuhan.Saya sengaja mentertawakan dan
menolak kebenaran.Tetapi kasih Tuhan sungguh hebat,Dia berusaha,mencari
dan menyelamatkan saya.
Dalam
tahun 1961,semasa saya mencatat khotbah saya di masjid,saya melihat ayat daripada
surah Al-Maidah 68, yang berbunyi:
“Katakanlah,wahai
orang yang beriman! Kamu tidak mempunyai apa-apa kecuali kamu berpegang kepada
Taurat dan Injil,dan semua ini akan membuka mata kamu kepada Tuhan kamu.”
Saya
sudah membaca ayat ini beratus kali,tetapi akhirnya Tuhan telah berbisik kepada
jiwa saya tentang ‘Taurat dan Injil’ yang mana tertulis di dalam Al-Quran
adalah sama Taurat dan Injil yang terdapat di dalam Kitab Suci Injil
sekarang.Saya selalu berpendapat bahawa Taurat dan Injil yang terdapat dalam
Al-Quran telah lenyap,dan kandungan ini adalah ringkasan di dalam Al-Quran.Saya merasa yakin bahawa Taurat dan Injil,yang terdapat dalam Kitab
Suci Injil sekarang adalah palsu,dan kandungan yang sebenar telah disalah-atur
dan dilupakan serta ditambah-tambahkan oleh sesetengah pihak.
Bagaimanapun,jiwa
saya memberitahu saya bahawa Taurat/Injil yang ada di dalam Al-Kitab sekarang
adalah benar.Fikiran saya tidak percaya apa
yang dikatakan oleh hati saya: “Tidak!Taurat dan Injil yang ada di dalam
Al-Kitab sekarang adalah palsu”.Fikiran saya bertentangan dengan jiwa saya dan
perasaan saya,dan saya menjadi tidak pasti serta ragu-ragu terhadap apa yang
betul sebenarnya.
Untuk
membuatkan jiwa saya merasa aman,saya menyerahkan masalah saya ini dengan
melakukan sembahyang tahjud,yang mana sembahyang ini adalah untuk meminta
pertolongan daripada Tuhan agar Dia memberi petunjuk yang pasti kepada
kebenaran.Saya meminta Tuhan menolong saya untuk memilih yang mana satu
daripada dua kepercayaan ini yang benar.Ini adalah doa saya:
“Oh
Tuhan,Pencipta Syurga dan bumi,Tuhan orang Islam, Kristian,Budha, Tuhan bulan
dan bintang,lembah dan gunung;Tuhan semesta alam,tolong tunjukkan aku kebenaran
tentang apa yang tertulis di dalam Al-Quran yang berkaitan dengan Taurat dan
Injil.Adakah ini membawa makna bahawa Taurat dan Injil yang sebenar sudah
lenyap yang terdapat ringkasan dalam Al-Quran ?Jika ini adalah benar,aku merayu
kepadaMu untuk kuatkan hatiku bahawa aku mungkin tidak belajar Kitab Suci Injil
.Tetapi jika “kebenaran di dalam Taurat dan Injil” yang tertulis di dalam
Al-Quran ,bermakna kebenaran harus dicari di dalam Kitab Suci Injil
sekarang,aku merayu padaMu untuk membuka pintu hatiku semoga aku lebih
bersungguh-sungguh untuk belajar Kitab Suci Injil secara jujur.”
Saya
tidak bertanya kepada sesiapa pun untuk menolong saya membuat keputusan
saya.Saya tidak bertanya kepada Imam,orang yang alim dalam Islam,atau
kawan-kawan saya yang bijak pandai.Saya bertanya terus kepada Tuhan yang Maha
Tahu untuk membuat pilihan bagi saya,jadi saya membuat pilihan yang betul
menurut kehendak Tuhan.Saya sembahyang sesungguhnya dan menaruh harapan kepada
Tuhan agar Tuhan memberi petunjuk dan hidayah bahawa Dia yang memilih kebenaran
untuk saya dan menolong saya mengetahui dan mengaku kepada agama yang benar.
Setiap
orang yang mempunyai agama berharap bahawa di sana terdapat kehidupan yang
benar selepas mati dan salah seorang daripada mereka adalah saya,saya menaruh
harapan yang tinggi kepada Tuhan.Saya percaya kepada kehidupan selepas mati,di
mana kita cuma ada dua tempat untuk dituju:ke neraka,dengan hukuman yang tidak
berhenti-henti kekal abadi di dalam api;atau ke Syurga,bersama dengan Tuhan
dalam kemuliaan selama-lamanya.Saya tidak fikir tentang kehidupan abadi saya.
Sebagai
contohnya;mari kita andaikan bahawa kita membawa 10 gram emas tulin, kita harus
menelitinya secara berhati-hati,untuk memastikan bahawa tidak ada sesiapa yang
boleh menipu kita,jadi kita tidak akan menyesal di kemudian hari.Berapa banyak
agaknya kita memikirkan tentang kehidupan masa depan jiwa kita.Kita mesti
belajar dan meneliti kebenaran untuk sembahyang kepada Tuhan menurut kehendak
Tuhan,yang memiliki kehidupan di Syurga.Kalau tidak,kita akan menyesal untuk
selama-lamanya kerana kecuaian kita.Saya selalu yakin bahawa pencipta Syurga
dan neraka adalah Tuhan sendiri,atas sebab itulah saya tidak bertanyakan
nasihat kepada sesiapa pun,samada Kristian atau Guru Islam.Saya mendekati
Tuhan,yang memiliki segala kebenaran,peraturan,dan merayu kepadaNya dengan
penuh harapan dan percaya bahawa Dia akan memberi petunjuk yang benar kepada
saya.
Puji
Tuhan kerana segala doa saya telah dikabuliNya! Ini membuktikan bahawa Dia
memberikan kebenaranNya kepada orang yang menghendakinya,dan bertanya dengan
sesungguhnya.
Ini
harus dicatat,selain daripada ayat 68 surah Al-Maidah,di mana terdapat banyak
lagi ayat-ayat lain yang terkandung di dalam Al-Quran ,yang menarik hati saya
pada waktu itu.Sebagai contohnya;Surah Al-Sajadah 23:
“Dan
pastinya kami memberikan Musa sebuah Kitab(Taurat),jadi adakah kamu (Muhammad)
ragu-ragu untuk menerimanya,”
Surah
Al-Maidah 46:
“Dan
kami biarkan mereka (nabi-nabi yang terdahulunya) mengikut jejak Isa,anak
Maryam,memenuhi apa yang ada di tangannya daripada Taurat.dan kami memberi Dia
kitab yang mengandungi petunjuk dan cahaya,dan mengesahkan apa yang ada di
tangannya yang daripada Taurat,sebagai petunjuk dan amaran kepada orang yang
takut kepada Tuhan.”
Surah
Al-Maidah 47:
“Dan
orang di dalam Kitab harus mengikuti apa yang telah ditentukan mengikut
kehendak pernyataan Tuhan itu.Dan sesiapa yang tidak mengikut apa yang telah
ditetapkan oleh Tuhan,adalah orang yang busuk hati,”
Surah
Al-Baqarah 62 :
“orang
yang benar daripada Yahudi,Kristian dan Sabian,sesiapa yang percaya kepada
Tuhan dan hari kiamat ,melakukan amalan yang baik,mereka akan mendapat pahala
daripada Tuhan mereka,dan ketakutan tidak akan mendesak mereka berputus asa.”
Di sana
terdapat banyak lagi ayat di dalam Al-Quran yang menunjukkan bahawa Taurat dan
Injil adalah jalan yang benar kepada kebenaran menurut kehendak Tuhan.Ayat
Al-Quran ini memberi kesedaran kepada saya untuk meneliti Kitab Suci Injil
dengan lebih mendalam lagi,kerana Tuhan telah berbisik kepada jiwa saya tentang
kebenaran ini.
Pada
hari yang berikutnya,selepas saya meminta petunjuk daripada Tuhan semasa
sembahyang tahjud,saya merasakan satu perubahan yang jelas pada diri
saya.Bermula dari hari itu saya menganggap Kitab Suci Injil adalah seperti
rakan saya dan bukan lagi sebagai musuh.Setiap pagi saya melihat Kitab Suci
Injil dengan penuh harapan dan memberi perhatian pada setiap perkataan yang
saya baca,kerana saya mahu tahu makna yang sebenarnya.
Dengan
perkataan:
“Dengan
nama Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani”.
Saya
membuka Kitab Suci Injil .Pada masa itu saya bertujuan untuk membaca Ulangan
18:15.Kitab ini menarik perhatian saya kerana pada waktu dahulunya saya
mengunakan ayat ini untuk menyerang keimanan orang Kristian,samada mereka
adalah guru,Penginjil,dengan niat supaya mereka tahu dan percaya kepada Nabi Muhammad
sebagai nabi yang telah diramalkan di dalam Kitab Suci Injil ini.Sebelum ini
saya sudah tahu tentang ayat ini,tetapi sekarang maknanya telah berubah sama
sekali kepada saya.Sebenarnya untuk memahami Kitab Suci Injil lama adalah sukar
bagi orang yang tidak mahu mempercayainya, tetapi dari segi yang lain pula ia
menjadi lebih jelas kepada orang yang mahu mempercayainya dan hati mereka yang
telah disentuh oleh Roh Kudus.
Ayat-ayat
di dalam Ulangan 18:15 dibaca seperti:
“Sebaliknya
Tuhan,Allah kamu akan mengutus seorang nabi kepada kamu ;nabi itu akan seperti
aku dan Dia daripada bangsa kamu sendiri;kamu mesti taat kepadanya.”
Dahulunya
saya menganggap ayat ini memberi ramalan tentang nabi Muhammad.Perkataan “nabi
itu akan seperti aku (Musa)”menunjukkan kepada saya tentang peribadi nabi
Muhammad sebagai janji nabi kerana :
* Musa dilahirkan mempunyai
ibubapa.Muhammad juga dilahirkan seperti Musa,mempunyai ibubapa.Ini tidak
seperti Isa Al-Masih yang dilahirkan hanya mempunyai ibu dan tanpa bapa.
*
Apabila Musa meningkat dewasa,dia berkahwin.Muhammad juga berkahwin,dan ini
bertentangan dengan Isa yang tidak pernah berkahwin.
* Musa mempunyai anak lelaki,dan Muhammad
juga mempunyai ramai anak.Tetapi Isa tidak mempunyai keturunan kerana Dia tidak
pernah berkahwin.
* Musa meninggal pada umur yang lanjut dan
dikuburkan dan ini terjadi juga pada Muhammad.Tetapi Isa tidak meninggal.Dia
telah diangkat ke Syurga dan tidak dikuburkan.
Dahulunya
ia menjadi jelas kepada saya tentang ayat Ulangan 18:15 yang menunjukkan bahawa
nabi Muhammad adalah nabi yang dijanjikan oleh Musa, tetapi bukannya ramalan
terhadap Isa sebagai nabi keseluruhannya, sebagai Putera Tuhan,seperti
kepercayaan orang Kristian.
Tetapi
pada hari ini,saya membaca ayat ini secara perlahan-lahan dan berhati-hati
untuk memahami makna yang sebenarnya.Apabila saya sampai kepada pernyataan
“…..nabi itu akan seperti aku (Musa)”,Roh Kudus berbisik ke dalam jiwa saya
yang berbunyi: “Jika kamu mentafsirkan persamaan di antara Muhammad dan Musa
dan kedua-duanya adalah dilahirkan mempunyai ibubapa,mereka adalah sama dengan
manusia lain yang mempunyai ibubapa.”Sifat ini tidak boleh digunakan untuk
menunjukkan kebenaran ramalan itu.
Selanjutnya
jika Muhammad seperti Musa kerana dia berkahwin,dan kedua-duanya adalah seperti
orang lain di dunia ini!Jadi ini tidak boleh dijadikan sebagai bukti untuk
mengatakan bahawa Muhammad itu adalah nabi.
Jika
Muhammad dianggap sama seperti Musa,kerana dia mempunyai keturunan,fakta ini
juga tidak boleh digunakan untuk menentukan ramalan itu kerana hampir semua
orang di dalam dunia ini mempunyai keturunan.
Muhammad
hanya seperti Musa,meninggal dalam usia yang tua dan dikuburkan.Jika contoh ini
digunakan sebagai bukti tentang ramalan itu,dan fakta ini tidak boleh digunakan
sebagai bukti untuk persamaan,setiap orang di dunia ini akan meninggal dan
dikuburkan.Kematian dan penguburan adalah perkara biasa dan ini tidak
menjadikan seseorang itu lain daripada yang lain.
Ia menjadi
lebih ketara dan jelas kepada saya bahawa ramalan Musa itu hanya menunjukkan
tentang Isa sebagai yang dijanjikan.Dengan alasan itu saya cuba mencari suatu
perbezaan yang lain daripada yang lain dan luarbiasa persamaannya di antara
Musa dan Isa.Sememangnya saya menemui beberapa persamaan yang luarbiasa di
antara dua manusia ini yang tidak dikongsi dengan orang lain.
* Semasa zaman kanak-kanak,Fir’aun mengugut
untuk membunuhnya,seperti juga Isa pada zaman kanak-kanaknya telah diugut untuk
dibunuh oleh Herodas.Tidak semua orang yang dilahirkan menghadapi ugutan bunuh
pada waktu yang masih kecil lagi.
* Semasa kelahiran Musa,Fir’aun sangat
marah dan mengarahkan semua budak-budak lelaki yang berusia dua tahun ke bawah
harus dibunuh.Apabila Isa dilahirkan Herodas juga sangat marah dan mengarahkan
agar budak lelaki di bawah umur dua tahun dibunuh.Di dalam dunia ini hanya dua
peribadi ini sahaja yang menghadapi pengalaman pembalasan dendam.
* Semasa zaman kanak-kanaknya,Musa telah
dijaga oleh anak perempuan Fir’aun.Dan semasa kecil Isa telah dijaga oleh Yusuf
iaitu bapa angkatnya.Tidak semua anak di dunia ini dipelihara oleh orang yang
dipilih oleh Allah semasa zaman kanak-kanaknya ketika dia menghadapi amcaman.
* Semasa zaman kanak-kanaknya juga,Musa
tinggal jauh daripada rumahnya di Mesir.Ini terjadi sama dengan Isa yang hidup
di dalam buangan di Mesir.Tidak semua kanak-kanak semasa kecil hidup jauh
daripada negerinya,seperti Mesir.
* Apabila Musa telah menjadi utusan
Tuhan,dia menerima kuasa daripada Tuhan untuk melakukan mukjizat,seperti juga
Isa yang menerima kuasa sebagai Firman yang hidup,dan menerima kuasa untuk
melakukan mukjizat seperti menyembuhkan orang sakit dan membangunkan orang yang
telah mati.
* Musa telah membebaskan orangnya daripada
dipaksa terus menjadi hamba abdi,tetapi Isa telah membebaskan orangnya daripada
cengkaman dosa dan maut.
Bukti yang
istimewa ini telah mengizinkan saya untuk saya membuat kesimpulan bahawa
ramalan yang luarbiasa yang dinyatakan ini di dalam Ulangan 18:15 tidak
bermaksud untuk membuktikan Muhammad sebagai nabi yang telah diberitahu
terlebih dahulu,tetapi untuk menunjukkan bahawa Isa adalah jelmaan Firman
Allah.
Meskipun
kasih Allah itu sangat agung dan Dia telah menyedarkan saya untuk melihat
dengan lebih jelas lagi ke dalam Kitab Suci Injil sebagai Firman Allah yang
benar,tetapi saya masih lagi tidak bersedia untuk menjadi seorang
Kristian.Mengapa? Kerana terdapat beberapa perkara di dalam kepercayaan
Kristian yang tidak dapat diterima oleh akal saya,khususnya kepercayaan
terhadap Isa adalah Putera Tuhan.Semenjak kecil lagi saya telah diajar,dan saya
juga mengajar sedemikian,iaitu:
“Tuhan
tidak mempunyai anak dan Dia tidak diperanakkan.”
Saya juga
tidak dapat menyatakan dengan jelas bahawa Isa adalah Tuhan kerana saya telah
diajar dan saya juga mengajar seperti:
“TIDAK ADA TUHAN MELAINKAN
ALLAH”
Saya
juga bersikap anti Triniti. Ini tidak berasas kepada hakikat dan kebenaran
tetapi sebaliknya dipengaruhi oleh prasangka yang terpesong. Saya telah
mengajar murid-murid saya sedemikian:
“Kepada
sesiapa yang mengatakan Allah itu adalah tiga merupakan orang yang fasik”
Saya
juga tidak dapat menerima kepercayaan Kristian bahawa Isa benar-benar mati di
atas kayu salib.Jika “Isa Al-Masih” adalah nabi, penyayang, utusan Tuhan, atau
‘Putera Allah’ sepertimana orang Kristian memanggilNya,bagaimana dengan
senangnya orang Yahudi boleh menyiksaNya dan mengantungNya di atas kayu salib
sehingga mati?Mengapa Tuhan tidak membela Dia, tetapi membiarkan Dia mati di
atas kayu salib?Katakanlah saya mempunyai seorang anak lelaki yang disiksa,atau
digantung di atas kayu salib,sudah pastinya saya akan melawan orang yang
menyiksa anak saya itu untuk menyelamatkannya walau apa pun yang akan
terjadi.Bagaimana boleh Allah hilang kuasaNya terhadap orang Yahudi?Pada masa
itu saya benar-benar tidak boleh menerima hakikat ini.
Dalam usaha untuk memdapatkan pertolongan
untuk keterangan ini,saya melawat beberapa orang guru dan juga Penginjil dan
bertanya kepada mereka kenapa Isa bergelar Putera Tuhan atau Tuhan dan apa
sebenarnya makna tentang Triniti Tuhan.Saya menyelidik mengapa Isa Putera Tuhan
telah dikorbankan di atas kayu salib dan disalibkan oleh orang Yahudi. Saya
juga bertanya kepada mereka tentang kenyataan tentang “dosa warisan daripada
bapa kepada anak” yang saya ambil kira bahawa itu adalah hukuman yang tidak
adil daripada Tuhan.
Semua
guru yang saya tanya itu menjawab persoalan saya dan menerangkannya dengan
mendalam,tetapi pada masa itu saya tidak dapat menerima ulasan mereka walaupun
mereka telah menerangkannya dengan jelas sekali.Ini adalah kerana perbezaan
latar belakang di antara saya dengan mereka,yang mana seperti teluk yang
terpisah jauh di antara kami.Perbezaan di dalam agama yang tidak dikaji dengan
sesungguhnya untuk mencari maksud yang sama,Pastinya kami mengkaji perbezaan di
antara agama untuk mencari kenyataan yang logik berhubungan dengan
ketidakfahaman.Pada masa itu saya seperti penerima radio dan guru adalah
pembaca berita.Kedua-duanya mempunyai keadaan yang baik,tetapi oleh kerana
perbezaan gelombang yang panjang menyebabkan siarannya dan penerimaan saya jauh
berbeza. Penerima tidak dapat menangkap berita yang sedang disampaikan oleh
penyiar.
Keterangan
daripada guru dan Penginjil adalah seperti masuk telinga sebelah kiri dan
keluar telinga sebelah kanan. Hati saya tidak tersentuh, kerana saya tidak
faham cara pertuturan mereka.Guru itu sendiri tidak memahami dengan jelas
kedudukan latar belakang saya sewaktu itu, jadi keterangannya tidaklah menurut
keperluan saya seperti yang saya harapkan.Ini bukannya berlaku kerana
keterangan guru itu salah,tetapi kerana perbezaan cara pemikiran dan
penerangan,jadi sebab itu saya tidak dapat memahami keterangan yang lain.walau
bagaimanapun saya masih berharap.Saya sentiasa yakin,Tuhan akan menolong saya untuk
memilih kebenaran,sudah pasti Dia akan membuka pintu hati saya dan memberi
petunjuk untuk memahami semua masalah yang menjadi halangan kepada saya.
Saya
sentiasa berdoa kepadaNya: "Tuhan,aku merayu agar Engkau menunjukkan
kebenaranMu kepadaku tentang perkataan ‘Putera Tuhan’ dan nama ‘Rabbana’ untuk
Isa.Aku juga merayu agar Engkau menunjukkan kepadaku makna Triniti dan rahsia
disebalik penyaliban Al-Masih. Tuhan, Engkau berilah aku pengertian bahawa
Kitab Suci Injil adalah daripadaMu yang betul,jadi pastinya Engkau akan
menerangkan dan menjelaskan halanganku melalui Kitab Suci Injil, yang mana
FirmanMu yang benar yang tidak pernah bertukar daripada awal hingga sekarang
dan untuk selamanya.
Sememangnya
telah banyak kali,Tuhan menolong saya melalui Roh Kudusnya,yang bekerja di
dalam hati saya.Saya akan menerangkan bagaimana Tuhan menolong saya untuk
mengatasi halangan ini.
PERJUANGAN
SAYA BERTENTANGAN DENGAN KEADAAN PERSEKITARAN
Meskipun
saya menjadi tetap dan teguh serta yakin tentang kebenaran ini,dan bersedia
untuk menerima Isa sebagai penyelamat peribadi saya,tetapi saya tidak menjadi
Kristian secara rasmi,kerana kaadaan persekitaran yang menjadi halangan kepada
saya.Ketakutan dan kebimbangan ini sentiasa menghantui fikiran saya.
Pengalaman
saya menunjukkan bahawa terdapat ramai orang yang tegas dengan kehendak mereka
untuk menerima Isa sebagai penyelamat mereka,tetapi mereka sering teragak-agak
untuk menentang pengaruh persekitaran mereka,mungkin kerana mereka tidak rela
ataupun takut untuk melawan ibu bapa mereka.Kadang-kadang mereka takut
kalau-kalau majikan mereka memberhentikan kerja mereka kerana mereka memeluk
Al-Masih. Orang yang percaya juga akan berselisih faham dengan isteri mereka
kerana mereka ingin mengikuti Isa bersama-sama dengannya; ini juga merupakan
rintangan yang menghalang mereka daripada mengikuti Isa untuk mempengaruhi
hidup dan hati mereka.
Ketakutan
terhadap keadaan sekitar telah ditunjukkan dalam amaran oleh Isa,ditulis dalam
Matius 10:34-36. Dia mengambarkan penderitaan yang mungkin dihadapi oleh setiap
orang yang mahu mengikutinya: “Jangan menyangka bahawa Aku membawa kedamaian ke
dunia ini,Aku tidak membawa kedamaian tetapi pertentangan.Aku datang untuk
menyebabkan anak lelaki melawan bapa mereka,anak perempuan melawan ibu
mereka,dan menantu mereka melawan ibu mertua mereka.Demikianlah musuh terbesar
yang dihadapi oleh seseorang ialah keluarga sendiri.”Bagaimanapun mereka yang
membuat keputusan untuk mengikuti Isa sebagai Tuhan dan membiarkan Isa
mempengaruhi hati mereka,segala kebimbangan adalah tidak berpanjangan.Setiap
kebimbangan akan dapat diatasi dengan pertolongan daripada Tuhan.Saya sendiri
mempunyai pengalaman dalam menghadapi tekanan dari persekitaran.Tetapi Tuhan
selalu membuka jalan untuk keluar daripadanya.
Dari
1961 sehingga 1964,saya masih lagi melakukan dua tanggungjawab agama.Saya
sembahyang mengikut cara Islam dan pergi ke masjid pada setiap hari Jumaat.Saya
juga pergi ke gereja pada setiap hari ahad dan pada hari sabtu saya pergi
sembahyang di Gereja Adventis.Tetapi di luar kenyakinan saya,saya tidak pergi
ke gereja.Ini adalah kerana untuk saya belajar tentang kebenaran.Saya juga
sering membaca risalah-risalah daripada orang bukan Kristian yang mengatakan
bahawa orang di dalam gereja menyembah berhala,seperti patung dan gambar.Atas
sebab itu saya pergi melawat setiap gereja di sekitar Jakarta mengikut
giliran,pada hari ahad.Saya juga melawat lebih daripada satu gereja pada hari
ahad,untuk mencari samada terdapat penyembahan patung atau tidak.
Akhirnya,saya
mendapat kesimpulan dan terbukti bahawa kesangsian saya selama ini sudahpun
terjawab.Setiap gereja yang saya lawati tidak terdapat pun berhala atau gambar
yang untuk disembah. Semenjak 1964, jiwa saya sebenarnya sudah dipenuhi dengan
Roh Tuhan,Roh Kudus,atau semangat kebenaran.Bermula daripada hari itu saya
mengambil keputusan untuk menerima Isa sebagai penyelamat peribadi saya sepenuh
hati saya.Tetapi ia masih lemah.Saya tidak berani untuk menyatakan kenyakinan
saya secara terbuka.Saya masih menyimpan kekristianan saya secara rahsia.Saya
melawat gereja kristian di Kwitang Indonesia untuk pertama kali saya
bertanyakan tentang pembaptisan secara rahsia, saya tidak mahu ianya diketahui
oleh famili ataupun isteri saya.Saya tidak tahu siapa yang menjaga gereja itu,tetapi
permintaan saya ditolak, tidak boleh dibaptiskan secara rahsia. Beberapa minggu
kemudian,dengan hasrat yang sama yang seringkali berputar-putar di dalam
fikiran saya, saya pergi berjumpa dengan Rev.J.Sapulete,dekat gereja Bethel di
Jatinegara.Dia bersedia untuk membaptis saya, tetapi dengan satu syarat bahawa
saya harus membawa dua atau tiga jiran Kristian,yang boleh membimbing
pertumbuhan keimanan saya supaya saya boleh hidup secara Kristian.Saya tidak
dapat menerima syarat ini, saya masih lagi tidak mahu mengumumkannya di
khalayak ramai bahawa saya seorang Kristian. Ini berpuncak daripada pengaruh
persekitaran ,terutamanya keluarga saya.Saya merasa risau yang mereka akan
menentang dan menganiaya ahli keluarga saya.Saya juga takut untuk bertanyakan
pada isteri saya untuk mengikuti saya pergi ke gereja.Saya takut jika isteri
saya akan menuntut saya untuk pergi ke pejabat rasmi perkahwinan Islam untuk
bercerai.Saya sangat takut untuk berhadapan dengan proses perceraian .Sebab itu
saya mahu menerima Isa secara rahsia.Tetapi jiwa saya tidak bersetuju,saya
tidak ada apa-apa keraguan tentang penerimaan Isa.
Oleh itu
saya tidak lagi melakukan dua tanggungjawab keagamaan. Saya hanya pergi ke
gereja.Tetapi ketakutan masih lagi berterusan dan kebimbangan mengenai reaksi
keluarga saya.Saya tidak tahu bagaimana untuk mengatasinya.Saya tidak pergi
jumpa sesiapa pun untuk meminta nasihat bagi masalah saya ini.Pada masa itu
saya rasakan bahawa perjuangan saya betul-betul teruji. Walau bagaimanapun
Tuhan memberi masa untuk membantu mengatasi masalah saya ini. Dahulunya saya
menggangap jika saya berbincang dengan isteri saya tentang hal ini dan keluar
Islam dan seterusnya memeluk Kristian akan menyebabkan masalah kepada kami..
Tetapi Tuhan sangat baik hati, membuka
pintu kebenarannya kepada isteri saya sendiri.Dia merasa aman melalui cahaya
dan kecantikan pokok Krismas yang mana pada masa itu bercahaya dengan terang di
kebanyakkan rumah orang Kristian.Ia menjadi tanda kepadanya bagaimana cantiknya
kehidupan di dalam keluarga Kristian.Dia merasa aman dengan lagu-lagu Kristian
dan hangat serta bercahaya dengan semangat Krismas.
Untuk
menjelaskan perasaannya,dia dan seorang anak perempuan saya datang kepada
saya,untuk memberitahu saya tentang keinginan yang kuat untuk menjadi seorang
Kristian.Ini adalah peluang yang sedang saya nanti-nantikan! Pada hari
berikutnya selepas Krismas,saya berjumpa dengan Rev.J.Sapulete untuk kali
kedua, bertanya kepadanya bahawa saya dan keluarga saya mahu dibaptiskan dan
menerima Isa sebagai Tuhan kami.
Permintaan saya diperkenankan dengan
segera dan kami -yakni saya,isteri saya dan tujuh orang anak kami telah
dibaptiskan pada 26 Dis 1969 oleh Rev.J.Sapulete,di gereja GPIB Jemaat Bethel.
Satu
minggu kemudian anak lelaki saya pun menuruti kami.Dia juga sering pergi ke
gereja secara rahsia, kerana dia takut saya mendapat tahu.
Saya
sendiri pergi ke gereja secara rahsia juga, sebab saya takut isteri-isteri ahli
keluarga saya telah menjadi pengikut-pengikut 'Isa dan demi itu mempengaruhi
hati kami.
Anugerah Berkat Tuhan yang Berkelimpahan
Selepas
saya dan keluarga saya dibaptiskan pada 26 Disember 1969, keriangan dan
kegembiraan seluruh isi rumah saya telah bertukar.Kami menerima terlalu banyak
berkat-berkat Tuhan yang mencurahi hidup kami.
Pengikut
Paulus berkata: "Apabila seseorang masuk ke dalam Al-Masih,dia menjadi
insan yang baru, yang lama telah pergi dan yang baru sudah menyusul ".(2
Kor 5:17)
Apabila
seseorang menerima Al-Masih 'Isa sebagai penyelamatnya,Tuhan akan mengubah
kehidupannya.Bayangan Kristus akan menjadi ikutannya.Al-kitab berkata:
"Tuhan mencipta manusia berdasarkan gambarnya"(Kej 1:27).Kelakuan
baru ini akan bermula dengan keriangan yang baru,kasih dan keinginan yang
berbeza.Apa yang dahulunya dia sayang,kini dia benci,dan apa yang dahulunya dia
benci,kini bertukar menjadi sayang.Kehidupannya telah berubah.Perubahan ini
amat ketara,dan dapat dilihat oleh orang di sekelilingnya.Jalan kehidupannya
akan bertukar,dan perubahan ini akan dibawa dalam setiap perkataan yang dia ucapkan.Betapa
hebatnya!
Saya
mempunyai pengalaman dalam perubahan ini dan mereka dapat rasa dalam kehidupan
kami sekeluarga.Panas baran sudah lenyap dan berubah kepada sayang.Dalam
kehidupan kerohanian,kami merasa aman dan gembira.Kami tidak merasa ragu-ragu
dan jiwa kami terjamin dan penuh dengan keriangan.Bahkan di dalam kehidupan
seharian,kami mendapat keberkatan yang berkelimpahan.Ini adalah pengalaman yang
membuktikan kebenaran janji Tuhan bahawa telah digenapi oleh 'Isa
Al-Masih,utusanNya.
- "Barangsiapa haus,baiklah
ia datang kepadaKu dan minum!Barang siapa percaya kepadaKu,seperti yang
dikatakan oleh kitab suci:dari dalam hatinya akan mengalir aliran-aliran
air hidup."(Yahya 7:37-38)
- "Aku datang supaya mereka
mempunyai hidup dan mempunyai dalam segala kelimpahan."(Yahya 10:10b)
Perubahan
di dalam kehidupan isi rumah kami amat kentara dan berlaku dengan pantas di
mana kami menjadi ejekan.Jiran tetangga dan saudara mara berpendapat bahawa
kami telah menerima pertolongan daripada gereja sebagai ganjaran kerana menjadi
Kristian.
Orang ramai mengutuk kami dengan
berkata:"Jika kamu ingin menjadi kaya dengan cepat,ikutlah cara en.Ambrie
dan menjadi Kristian dan kamu akan mendapat berjuta-juta rupiah daripada
gereja."
Mereka
menyangka bahawa kehidupan kami diberkati melalui pemberian daripada gereja
sebagai sogokan kerana menjadi Kristian.Tidak,bukan kerana itu!Kami tidak
menerima sebarang pertolongan dari gereja atau dari sesiapapun sebagai balasan
kerana kami menerima Kristus.Kami tidak
menerima duit,harta benda atau janji peluang pekerjaan walaupun satu sen pun.Sememangnya keberkatan kehidupan kami pada
masa itu hanyalah melalui kemurahan hati Tuhan.Ini adalah janji
Tuhan bahawa semua orang yang mempercayai-Nya akan memperolehi keberkatan yang
berkelimpahan.
Tahun-tahun
yang tidak aktif.
Saya
menjadi Kristian yang tidak aktif bermula dari tahun 1970-1972.Saya sibuk
mengendalikan urusan perniagaan saya dan membantu keluarga saya.Saya hanya
pergi ke gereja pada hari Ahad dan membaca Al-kitab bila saya ada masa.Tuhan
menyalahkan saya kerana bersikap sedemikian.Saya merasa sangat jelas apabila
pada waktu itu Tuhan memberi amaran kepada saya: "Jika kamu mahu menjadi
kristian,ia tidak cukup dengan bersikap pasif.Ia tidak akan berkembang jika
kamu duduk sahaja.Bergembiralah dengan keberkatan Tuhan yang melimpahi hidup
kamu.Sebagai orang Kristian iaitu pengikut Kristus,kamu mesti bangun dan
memberitahu kesaksian kamu dengan jelas mengenai Al-kitab sepertimana Kristus
telah memerintahkannya di dalam Matius 28:19-20)
Bagaimana
saya hendak memulakan dalam memberikan kesaksian secara terbuka dan memberitahu
tentang Al-kitab dengan cara paling mudah difahami?Sememangnya saya ingin
melakukannya,tetapi saya tidak tahu bagaimana cara hendak memulakannya.Untuk
ini,Tuhan telah membuka jalannya:dan ini adalah jalan yang bagaimana Tuhan
tunjukkan;
Suatu
hari kawan baik saya datang dari Banjarmasin
untuk menghabiskan waktu malamnya bersama kami.Dia adalah kawan yang sebenarnya
mengikut erti perkataan.Dia tetap berdiri bersama dengan saya dalam kaadaan
susah ataupun senang.Apabila penangkapan dilakukan oleh askar-askar
Belanda,kami selalu berjumpa antara satu sama lain di dalam penjara ataupun di
dalam khemah banduan.
Kami
menyambutnya seperti biasa,di dalam rumah kami tidak terdapat tanda ketara yang
menunjukkan bahawa kami telah memeluki agama Kristian.apabila dia mengucapkan
"Assalamualaikum",dan kami menjawab
"waalaikumussalam".Kawan baik saya ini telah mendengarnya daripada
jiran-jiran bahawa saya telah memeluk Kristian. Dia menerangkan bahawa hal ini
tidak mungkin terjadi, dan telah menyakinkan kepada jiran saya tentang ini. Dia
memberitahu mereka," Sudah lama saya kenal kawan saya Hamran Ambrie,bukan
sahaja di Jakarta bahkan di Banjarmasin lagi. Dia bukanlah seperti kebanyakan Muslim yang lain,dia sangat risau
tentang keimanannya.Di dalam wilayah dia dikenali sebagai pejuang tentera
Muslim,dia adalah anti-Kristian,seorang daripada pemimpim
Muhammadiyah,pemberita Muslim dan guru Islam yang terkenal di bandar dan di
timur Kalimantan.
Lebih-lebih
lagi di kongres Islam di seluruh Kalimantan dalam Amuntai 1947, Hamran
Ambrie adalah merupakan salah seorang daripada penganjurnya.Di dalam
ketenteraan kebangsaan Indonesia,dia telah menjadi ketua guru-guru Muslim dalam
pasukan tentera di Banjarmasin. Jadi saya yakin bahawa Hamran Ambrie tidak
begitu mudah untuk menukarkan agama Islamnya kepada agama Kristian."
Tetapi
jiran saya telah menyakinkan dia bahawa untuk beberapa tahun ini,orang di dalam
kampung saya telah biasa melihat saya pergi ke gereja lazimnya dan menyediakan
pokok Krismas semasa hari Krismas.Mereka memberitahu dia supaya bertanya kepada
saya secara terus untuk mendapat kepastian selanjutnya.
Jadi
dengan segera dia datang ke rumah saya untuk melawat,dan terus bertanya kepada
saya samada berita yang mengatakan saya menjadi Kristian itu benar atau tidak?Saya menjawab soalan itu tanpa
sebarang keraguan: "Ya,ia adalah benar dan saya serta seluruh keluarga
saya telah dibaptiskan."
Mendengar
jawapan saya dia menangis terisak-isak.Dia meminta maaf kerana dia sangat
menyesal datang ke tempat itu.Tetapi dia tidak berbuat apa-apa dan berdiri
kehairanan untuk beberapa ketika.Selepas dia kembali ke Banjarmasin,dia memberitahu orang lain,
khususnya kawan baik saya tentang pemelukan agama saya kepada Kristian.
Berita
tentang kejadian ini telah dimasukkan di dalam akhbar harian UTAMA yang
diterbitkan di Banjarmasin
oleh kawan baik saya yang lain,yang merupakan seorang pemberita Muslim.Dalam
tajuk utama H.Arsyad Maran menulis:
PENGASAS
TERKENAL GERAKAN MENJADI KRISTIAN
Pengasas
terkenal Muhammadiyah zaman 30-an, dia juga merupakan salah seorang ketua
editor JIHAD.
Js Antemas menulis diantaranya:
PERTUKARAN
AGAMA PENGASAS MUHAMMADIYAH KEPADA
KRISTIAN
Satu
berita yang mengemparkan!
Pemberita
IAIN Arthum Artha berharap:"kami harap berita ini adalah tidak
benar,kepercayaan Hamran Ambrie,pengasas kemerdekaan masih lagi di dalam
persoalan."
Orang
Muslim di Banjarmasin
juga memberi sambutan yang kurang menyenangkan terhadap berita ini:"Masalah
ekonomi baru-baru ini telah membuatkan seseorang bertukar agama."Nama
orang muslim ini tidak dinyatakan.
Bahkan
Universiti IAIN Antasari juga menberi tindakbalasnya terhadap berita pertukaran
agama saya ini.Sementara itu setiausaha PMW (Muhammadiyah) di Banjarmasin cuba untuk menyangkal bahawa saya
adalah penubuh Muhammadiyah, tetapi memberitahu bahawa saya hanya sebagai
pejuang Islam.
Semua
berita tentang keKristianan saya yang telah diterbitkan di dalam akhbar adalah
bertujuan untuk membuat saya rasa malu, dan di sebaliknya mereka mengharap agar
saya kembali kepada Islam. Tetapi kehendak
mereka adalah berbeza dengan kehendak Tuhan.Allah mengunakan mereka sebagai
satu cara untuk membangunkan iman saya supaya menjadi seorang pengikut 'Isa
yang kuat imannya dan memberi kesaksian tentang hakikat 'Isa Al-Masih adalah
daripada Tuhan.
Hampir
dua bulan peristiwa 'pertukaran saya kepada Kristian' menjadi tajuk
perbincangan umum dan tajuk utama di dalam akhbar Harian UTAMA di Banjarmasin.Saya mendapat berita bahawa pertumpahan darah juga hampir
berlaku.Sesetengah daripada kawan saya menganggap bahawa berita ini adalah
suatu fitnah dan bersedia untuk menyerang para penulis.Mujurlah
dengan segera saya telah menulis "surat terbuka"-pernyataan saya
sendiri mengenai pengakuan tersebut - kepada akhbar harian UTAMA di
Banjarmasin,yang telah diterbitkan seperti di bawah:
SURAT TERBUKA
Untuk
Pembaca harian UTAMA
Assalamualaikum
kepada
Tuan:
Saya dengan ini memberitahu bahawa berita itu
adalah benar dan saya sekarang menjadi pengikut kepada agama Kristian
Protestant dan saya telah menukarkannya semenjak 1964 lagi. Berita di dalam
akhbar itu sangat menarik kerana ia mengambarkan saya sebagai penubuh Islam
atau pejuang kepada kebebasan.
Saya
berterima kasih kepada semua tindak balas dan penghargaan itu yang mana kawan
saya telah menunjukkannya kepada saya.Walaupun sehingga saat ini,saya tidak
pernah merasa dan tidak pernah mengumunkan diri saya sebagai penubuh Islam
ataupun pejuang kebebasan.Jika waktu lepas saya melibatkan diri dalam
perjuangan sebagai penulis oleh kawan saya.Ia adalah tidak lebih daripada
tanggungjawab seorang anak terhadap ibu pertiwinya.Dengan itu saya menjadi
pengikut dan tidak bertanya akan sebarang gelaran kepada jawatan tersebut
samada sebagai veteran ataupun sebagai pengasas kemerdekaan.Saya hanyalah
melakukan tanggungjawab saya sahaja. Terima kasih kepada semua kawan saya,
khususnya H.Arsyad Maran (saya tidak menerima surat kamu), JS.Antenas dan
Arthum Artha dan penulis yang menulis surat kepada saya sebagai satu
kewajipan.Tidak ada apa-apa daripada surat anda yang boleh saya sangkalkan atau
memberi tindak balas yang bertentangan melainkan pembetulan.Saya tidak pernah
meminta sebarang bentuk gelaran sebagai tanda bagi pengasas kemerdekaan.
Kepada Arthum Artha,saya ada menghantar
"nota keimanan" yang menjadi asas kepada saya dalam ketaatan saya
kepada agama Kristian Protestant. Apa pun yang berlaku kawan tetap kawan dan
hubungan persahabatan yang baik tidak boleh diputuskan.
Terima
kasih kepada kamu semua kerana mengambil berat tentang hal ini.
Yang Benar,
Hamran
Ambrie
6 Mei 1972,
Jakarta.